♥♥Holding Hands♥♥

Daisypath Anniversary tickers

Thursday, September 23

:(

aku sedih,ya aku sedih..aku sedih apa yg berlaku terhadap aku dan hubungan aku dengan si dia yg aku cintai.hubungan yg tiada nama,hubungan yg tergantung tanpa apa-apa untuk aku nyatakan dan hubungan yg ku sendiri tidak tahu ada penghujung tau berhenti di tengah2.aku cuba untuk mempertahankan hubungan yang hampir 6bln tetapi apa yg aku rasakan adalah pengakhiran sesebuah hubungan.

dua bulan yg lalu hampir tiap2 malam aku menangis kerana si dia.aku bodoh mungkin kerana mengalirkan air mata yg blom tentu si dia yg akan menjadi suami aku nanti tetapi dalam hati aku ini hanya menyayangi si dia.sebanyak air mata aku keluarkan tidak pernah aku rasa menyesal.sayang aku padanya tidak pernah pudar tetapi makin mendalam.

aku merindui mu,itu yg aku ucapkan hampir setiap hari di dalam hati ku.adakah rindu aku berbalas jika aku menyatakan pada mu?tidak,si dia hanya mendiamkan diri tanpa sebarang jawapan yg aku ingin dengari.sejauh mana pon si dia pergi tidak pernah aku melupakannya..sedekat si dia berada dgn ku,aku masih merasakan perasaan itu di dalam hatiku.

aku menyayangi mu,itu juga aku melafazkan hampir setiap kali aku mengakhiri perbualan dan tidak juga di sambut.aku hanya mendiamkan diri hanya untuk menahan perasaan sedih ku ini.tuhan saja yg tau aku menyayangi mu lebih dari diri ku sendri,,memerlukan mu adalah rencah yg selalu aku inginkan dlm masakan mu,sebagai mana masakan memerlukan garam dan gula sebegitu juga aku memerlukan mu di dalam hidup ku.

KINI: aku tidak tahu apakah perasaan mu masih sama terhadap ku atau perasaan mu sudah berubah mengikut peredaran masa?yang pasti diri ku dan hati ku adalah milik mu.tidak pernah aku ingin mencari cinta lain yg lebih segala-galanya dari kamu kerana mengenali mu adalah saat yang terindah pernah terjadi dalam hidup ku.biar pon masa berubah peredarannya tetapi cinta,sayang dan kasih ku tidak pernah sedikit pon untuk berubah.

berilah aku kepastian dan kejujuran dalam perhubungan ini.tiada lagi kesabaran yg ada dlm diri ku untuk aku tunjukkan..cukup selama ini aku mengaburi mata2 orang bila bertanyakan tentang kamu pada ku.aku hanya memberi jawapan yg hanya membuat aku sakit hanya untuk mempertahankan kamu.
sekarang tunjukakn aku kepastian agar aku tidak hanyut dalam ombak cintamu,berilah aku kejujuran jika hubunagn ini tiada berpenghujung..aku redha dgn ketentuanNYA dan juga keputusan mu.jika keputusan itu terbaik untuk mu,itu juga tebaik untuk ku.melepaskan mu untuk melihat kamu bahagia,aku ikhlas dan redha.tiada penyesalan akan ku rasakan dalam hidupku selama aku mengenali mu.


*kekasih hati yang tidak ada pengganti iaitu Hasbullah Rosdi*


No comments: